Navigasi
   Utama
   Dari Meja Pengerusi
   Kenali BNBBC
   Organisasi BNBBC
   Ahli BNBBC
   Berita
   Komen
   Kenyataan Akhbar
   Persidangan Dewan
   Video
   Galeri
   Forum
   Maklum Balas
   Hubungi BNBBC
   Kabinet Malaysia
  Parti Komponen BN
Anda adalah pengunjung ke
1 1 7 4 0 8
sejak 6 September 2008
 Berita
08-06-2010 Tiong menggesa liberalisasi Sistem Permit Import (AP) bagi Gula, Tepung Gandum dan Minyak Masak serta Memanjangkan Tempoh Sah Laku Lesen
KENYATAAN AKHBAR OLEH PENGERUSI MAJLIS AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL (BNBBC), DATO’SERI TIONG KING SING

Liberalisasikan sistem Permit Import (AP)

Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Dato’Seri Tiong King Sing hari ini menggesa kerajaan meliberalisasikan sistem Permit Import (AP) bagi tiga barangan kawalan iaitu gula, tepung gandum dan minyak masak (berasaskan kelapa sawit). Ia bertujuan menggalakkan persaingan sihat antara peniaga-peniaga sekaligus memecahkan monopoli oleh syarikat-syarikat tertentu.

“Permit Import barang-barang makanan khususnya gula, tepung gandum dan minyak masak sepatutnya dilkendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana kementerian berkenaan menjaga kepentingan pengguna di Negara ini,’’ tegasnya.

Tiong berkata, kuasa Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam meluluskan Permit Import gula dan tepung gandum manakala Permit Import minyak masak di bawah dan Kementerian Perusahaan Utama, Perladangan dan Komoditi menyulitkan KPDNKK untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan bahan-bahan kawalan yang membabitkan pengguna.

“Meliberalisasi Permit Import bukan sahaja mampu mewujudkan persaingan sihat di kalangan industri bahkan mampu memastikan bekalan bahan-bahan berkenaan mencukupi di pasaran,’’ tegasnya sambil memberitahu industry gula kini hanya dimnopoli oleh empat kilang sahaja.

Dengan langkah itu juga, Tiong berkata, kerajaan dapat mengurangkan bebanan pembiayaan subsidi yang ditanggung kerajaan selama ini dan selain itu, ia dapat memastikan bekalan berkenaan benar-benar untuk kegunaan isi rumah dan bukannya untuk kegunaan komersial atau diseludup ke negara jiran.

‘’Wang yang dapat diselamatkan oleh kerajaan boleh digunakan untuk kebajikan rakyat seperti meningkatkan pembangunan pendidikan, kesihatan dan prasarana luar bandar serta kawasan-kawasan pedalaman,’’ katanya.

Mengulas lebih lanjut mengenai KPDNKK melaksanakan penguatkuasaan lesen kepada peruncit yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peruncit, Tiong berkata, beliau telah menemui Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pegawai-pegawai kanan kementerian bagi mencari jalan menyelesaikan ‘salah faham’ di antara kedua-dua pihak.

“ Banyak peniaga runcit telah mengadu kepada ahli-ahli parlimen BNBBC bahawa mereka hanyalah peruncit kecil yang menjual gula, tepung gandum dan minyak masak dalam kuantiti yang kecil sahaja dan tidak mungkin mereka menjadi penyebab kepada punca penyelewengan bahan-bahan tersebut,” tegasnya.

Tiong memberitahu, pihaknya juga difahamkan, gula diseludup ke negara jiran seperti Indonesia dan Thailand kerana harganya adalah lebih tinggi berbanding di Malaysia. Sebagai contoh harga gula di Thailand dijual sebanyak RM2.37 bagi setiap kilogram manaka di Indonesia RM2.66, Singapura RM3.26 dan Filipina RM3.03 berbanding RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah serta Sarawak.

“Dalam hal ini, agensi-agensi penguatkuasaan seharusnya melaksanakan tanggungjawab mereka dengan lebih berkesan dan efisyen lagi dalam usaha memastikan aktiviti penyeludupan dan ketirisan dapat dibendung.

‘’Kawalan lebih ketat perlu dilaksanakan di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara-negara jiran,’’ katanya.

Langkah kerajaan menarik subsidi gula dapat menjimatkan wang kerajaan sebanyak RM1.02 billion.

TEMPOH SAH LAKU LESEN

Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) hari ini menyeru kerajaan agar menimbangkan semula pelaksaan Lesen Import (AP) bagi tiga barangan kawalan iaitu gula, tepung dan minyak masak (berasaskan kelapa sawit).

Menurut Pengerusi BNBBC, Datuk Seri Tiong King Sing, usaha ini perlu bagi memastikan harga ketiga-tiga barangan kawalan itu tidak dimonopoli oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.

Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan, kuasa meluluskan Permit Import seharusnya dikendalikan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan bagi menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat seperti yang berlaku pada hari ini.

Tiong menegaskan demikian selepas mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob serta pegawai-pegawai kanan kementerian.

Mengulas lanjut mengenai hal itu, menurut Tiong, liberalisasi Permit Import bukan sahaja mampu mewujudkan persaingan yang sihat bahkan ia juga berupaya memastikan bekalan bahan-bahan berkenaan cukup di pasaran selain memastikan ia benar-benar utntuk kegunaan isi rumah dan bukannya untuk kegunaan komersial atau diseludup ke negara jiran.

Beliau menarik perhatian, pada waktu ini Permit Import gula di negara ini hanya dimonopoli oleh empat syarikat.

Katanya, BNBBC juga mengambil pendirian bahawa penguatkuasaan Lesen Runcit yang diumum oleh KPDNKK mestilah dilaksanakan tanpa mengenakan sebarang caj kepada peruncit. Ini kerana, pada masa ini peruncit dibebani dengan 9 hingga 11 jenis lesen untuk menjalankan perniagaan (pendaftaran perniagaan, lesen premis perniagaan, papan tanda perniagaan, kebakaran dan keselamatan, lesen penimbang, alkohol, beras dan gas). Peruncit juga terpaksa menanggung kos sebanyak RM1,107 bagi tujuan pembaharuan lesen-lesen berkenaan pada setiap tahun.

Berasaskan maklumbalas dan kebimbangan para peruncit,Tiong menyatakan bahawa beliau memahami keadaan mereka dan menggesa agar KPDNKK mencari mekanisme yang berkesan dan tidak membebankan peruncit dalam melaksanakan peraturan baru itu.

“KPDNKK mestilah benar-benar memikirkan bagaimana semua peruncit di negara ini tidak kira yang berada di kawasan bandar mahupun luar bandar serta pedalaman mendapat lesen (menjual 3 barangan kawalan ini) dengan mudah dan tanpa dibebani. Lesen yang dikeluarkan itu juga mestilah sah tempoh laku selama lima tahun dan pembaharuannya secara automatik kecuali peruncit berkenaan melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

‘’Jika ada di antara peruncit yang gagal mendapatkan lesen mereka pada 1 Julai iaitu pada tarikh pelaksnaan peraturan itu adakah mereka akan dikenakan sebarang tindakan? Hal ini perlu diberitahu kepada para peruncit dengan sejelas-jelasnya dan KPDNKK juga perlu menyediakan pelan tindakan khas bagi menangani masalah-masalah yang timbul pada masa hadapan, ” katanya.

Pada masa yang sama, Tiong juga mahu KPDNKK memantau dengan ketat punca ketirisan bahan-bahan kawalan ini dari peringkat akar umbi iaitu dari peringkat kilang, pemborong dan pengguna. Dagi segi pelaksanaan undang-undang, KPDNKK juga harus memperkenalkan sistem teknologi yang lebih canggih sebagai contoh ‘bar code’ ke atas semua barang-barang kawalan yang dapat mengesan dengan lebih efisyen aliran penjualan gula, tepung gandum dan minyak masak.

‘’Penyeludupan menggunakan ‘jalan tikus’ di negeri-negeri yang bersempadan dengan negara jiran sebenarnya tidak memberikan kesan ketara kepada aktiviti penyeludupan tetapi aktiviti penyeludupan menggunakan jalan darat dan perairan seharusnya diberi perhatian lebih serius oleh agensi penguatkuasaan,’’ tegasnya.

Tiong menegaskan, sebagai Ahli Parlimen Bintulu, beliau mempunyai pengalaman di mana sesetengah penyeludup ‘berpakat’ dengan pegawai kerajaan dalam menjalankan aktiviti penyeludupan secara besar-besaran dengan menggunakan kenderaan seperti lori, trak dan kapal tanpa kawalan ketat di sempadan.

Tiong juga difahamkan, KPDNKK juga tegas menarik lesen pemborong yang didapati bersalah menyorok bekalan gula. Sebanyak 8 lesen borong telah dibatalkan di mana tujuh lesen pada tahun lalu manakala 1 pada tahun ini.

“BNBBC bersedia menjadi jambatan kepada masalah yang dihadapi oleh peruncit dengan KPDNKK. Apa yang lebih penting ialah penyelesaian kepada kedua-dua pihak dan juga melindungi hak pengguna,” katanya.


Senarai berita (1 to 10 of 113 )
 No  Tajuk  Tarikh
 1 Kes Pembuangan Bayi dan Langkah-langkah mengatasi.  01-07-2010
 2 Sumber Pengajar dan alatan-alatan yang dibekalkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)  24-06-2010
 3 Kemudahan-kemudahan Kesihatan  22-06-2010
 4 Masalah Demam Denggi dan Langkah-langkah mengatasi yang diambil  22-06-2010
 5 Tiong: Langkah-langkah yang diambil untuk Mengatasi Kekurangan Guru di Sekolah-sekolah.  14-06-2010
 6 Taniah!  08-06-2010
 7 Tiong menggesa liberalisasi Sistem Permit Import (AP) bagi Gula, Tepung Gandum dan Minyak Masak serta Memanjangkan Tempoh Sah Laku Lesen  08-06-2010
 8 Tiong: Kawalan ke atas Kemasukan Semula Warganegara Asing yang didapati berkelakuan Salah  07-06-2010
 9 Malaysia Dalam Kedudukan Baik Untuk Kurangkan Defisit Bajet Kepada 5.6 Peratus...BERNAMA  14-05-2010
 10 Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi...BERNAMA  26-04-2010
Show   records
 Pengumuman
 Kalendar Aktiviti
 Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010