Navigasi
   Utama
   Dari Meja Pengerusi
   Kenali BNBBC
   Organisasi BNBBC
   Ahli BNBBC
   Berita
   Komen
   Kenyataan Akhbar
   Persidangan Dewan
   Video
   Galeri
   Forum
   Maklum Balas
   Hubungi BNBBC
   Kabinet Malaysia
  Parti Komponen BN
Anda adalah pengunjung ke
1 1 7 4 2 5
sejak 6 September 2008
 Berita
14-05-2010 Malaysia Dalam Kedudukan Baik Untuk Kurangkan Defisit Bajet Kepada 5.6 Peratus...BERNAMA
PUTRAJAYA, 13 Mei (Bernama) -- Malaysia berada dalam kedudukan yang baik untuk mengurangkan defisit bajet kepada 5.6 peratus tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri).

"Kita dalam kedudukan yang baik tetapi akan rendah sedikit. Kita akan melihat bagaimana perkembangannya tetapi komited untuk menurunkan defisit bajet," kata beliau kepada pemberita selepas mengumumkan angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di sini.

Tahun lepas, defisit bajet Malaysia pada 7.0 peratus daripada KDNK.

Najib yang juga Menteri Kewangan, Khamis mengumumkan pertumbuhan KDNK 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini, tertinggi dalam masa 10 tahun, apabila dibandingkan dengan 11.7 peratus yang dicatatkan pada suku pertama 2000.

Unjuran KDNK negara bagi tahun ini juga disemak semula kepada 6.0 peratus daripada anggaran sebelumnya antara 4.5 peratus dan 5.5 peratus.

Semasa ditanya sama ada semakan semula KDNK itu boleh dicapai, Najib berkata: "Terdapat sedikit bukti mengenai kemungkinan kesan penularan. Saya berpendapat kita dapat mencapai angka 6.0 peratus tahun ini. Insya Allah."

Kepada soalan lain mengenai sama ada kerajaan mungkin mengadakan semula subsidi bahan api dan makanan berikutan pertumbuhan KDNK yang lebih tinggi, Perdana Menteri berkata ia komited ke arah mengurangkan subsidi.

"Kita akan melaksanakan (subsidi) secara beransur-ansur dan menjaga kumpulan yang mudah terjejas.

"Kita akan memastikan sebarang semakan semula tidak akan membebankan," kata beliau dan menambah bahawa kerajaan akan melihat perkembangan dahulu sebelum sebarang semakan semula dilaksanakan.

Najib berkata adalah penting untuk memastikan pemulihan ekonomi Malaysia berada pada landasan yang betul dan menambah bahawa sebarang kenaikan atau penjimatan akan digunakan untuk pelaburan produktif.

"Ini penting kerana apabila kita menarik balik subsidi secara beransur-ansur, ia dengan hasrat untuk menggunakan penjimatan tambahan itu untuk pelaburan produktif yang akan membawa kepada kadar pertumbuhan lebih tinggi, itulah yang diharap-harap," katanya.


Senarai berita (1 to 10 of 113 )
 No  Tajuk  Tarikh
 1 Kes Pembuangan Bayi dan Langkah-langkah mengatasi.  01-07-2010
 2 Sumber Pengajar dan alatan-alatan yang dibekalkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)  24-06-2010
 3 Kemudahan-kemudahan Kesihatan  22-06-2010
 4 Masalah Demam Denggi dan Langkah-langkah mengatasi yang diambil  22-06-2010
 5 Tiong: Langkah-langkah yang diambil untuk Mengatasi Kekurangan Guru di Sekolah-sekolah.  14-06-2010
 6 Taniah!  08-06-2010
 7 Tiong menggesa liberalisasi Sistem Permit Import (AP) bagi Gula, Tepung Gandum dan Minyak Masak serta Memanjangkan Tempoh Sah Laku Lesen  08-06-2010
 8 Tiong: Kawalan ke atas Kemasukan Semula Warganegara Asing yang didapati berkelakuan Salah  07-06-2010
 9 Malaysia Dalam Kedudukan Baik Untuk Kurangkan Defisit Bajet Kepada 5.6 Peratus...BERNAMA  14-05-2010
 10 Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi...BERNAMA  26-04-2010
Show   records
 Pengumuman
 Kalendar Aktiviti
 Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010