Navigasi
   Utama
   Dari Meja Pengerusi
   Kenali BNBBC
   Organisasi BNBBC
   Ahli BNBBC
   Berita
   Komen
   Kenyataan Akhbar
   Persidangan Dewan
   Video
   Galeri
   Forum
   Maklum Balas
   Hubungi BNBBC
   Kabinet Malaysia
  Parti Komponen BN
Anda adalah pengunjung ke
1 1 7 1 3 5
sejak 6 September 2008
 Berita
22-10-2009 Tiong Kesal Dengan Tuduhan yang Tidak Berasas
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional Malaysia, Dato’ Seri Tiong King Sing menyatakan kekesalannya mengenai tuduhan yang berasas terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet syarikatnya yang diterbit oleh laman web TV ANTARA.

“Tuduhan itu adalah tidak berasas dan saya telah mengarah penguam saya mengambil tindakan undang-undang terhadap media berkenaan dan media-media yang lain yang memetik berita berkenaan.

Laman web yang dipetik adalah TV Antara.com di http://www.tvantara.com, The Rock News di http://www.therocknews.com and Malaysia Today di http://www.mt.m2day.org.

Dalam laporan web tersebut, ia mengemukakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menggunakan jet mewah milikan KDSB beberapa kali untuk kegunaan peribadi.

Dalam laman web berkenaan, Perdana Menteri dikatakan cuba membersihkan nama Rosmah supaya tidak dikaitkan dalam penyiasatan skandal PKFZ.

“Ini adalah sesuatu yang tidak berasas dan tiada bukti untuk menyokong tuduhan tersebut. Ia adalah satu tuduhan yang berniat jahat dan bertujuan untuk merosakkan imej seseorang.”

“Mereka yang ingin menerbitkan berita berkenaan seharusnya mendapat pengesahan daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) atau Jabatan Imigresen untuk rekod yang relevan.”

“Jika tindakan membuat fitnah yang tidak berasas berterusan tanpa dikawal, maka pada masa depan sesiapa saja boleh menyiarkan berita yang berunsur fitnah sehingga mencetuskan sensitivitif kaum, mengancam perpaduan negara dan lain-lain. Jika terdapat pembuatan menyebarkan maklumat palsu yang menyebabkan keadaan huru-hara negara, siapa yang akan bertanggungjawab”

“Media adalah bertanggungjawab untuk menerbitkan berita sebenar dan adil dan bukannya membuta spekulasi dan jangan menyalahgunakan kebebasan media”

Tiong juga berharap media yang memetik artikel harus mengetahui sumber terlebih dahulu dan bukan hanya memetik sahaja.

“Jika tidak, ia hanya membantu media yang tidak bertangungjawab dan mempunyai agenda tersembunyi untuk menghuru-harakan keadaan.”

Namun, Tiong tidak memberi sebarang pandangannya terhadap syarikat yang dikatakan rapat dengan isteri PM.

“Adalah tidak adil bagi saya untuk memberi komen atas syarikat yang saya tidak mempunyai pengetahuan mengenainya.”

Selain itu, Tiong juga menyeru “invisible hand” yang tersembunyi agar menghentikan taktik kotor yang menggunakan isu PKFZ sebagai isu untuk mendapat sokongan.

“Pihak berkenaan cuba untuk mencapai agenda sendiri dengan sanggup mengorbankan orang lain”


Senarai berita (1 to 10 of 113 )
 No  Tajuk  Tarikh
 1 Kes Pembuangan Bayi dan Langkah-langkah mengatasi.  01-07-2010
 2 Sumber Pengajar dan alatan-alatan yang dibekalkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)  24-06-2010
 3 Kemudahan-kemudahan Kesihatan  22-06-2010
 4 Masalah Demam Denggi dan Langkah-langkah mengatasi yang diambil  22-06-2010
 5 Tiong: Langkah-langkah yang diambil untuk Mengatasi Kekurangan Guru di Sekolah-sekolah.  14-06-2010
 6 Taniah!  08-06-2010
 7 Tiong menggesa liberalisasi Sistem Permit Import (AP) bagi Gula, Tepung Gandum dan Minyak Masak serta Memanjangkan Tempoh Sah Laku Lesen  08-06-2010
 8 Tiong: Kawalan ke atas Kemasukan Semula Warganegara Asing yang didapati berkelakuan Salah  07-06-2010
 9 Malaysia Dalam Kedudukan Baik Untuk Kurangkan Defisit Bajet Kepada 5.6 Peratus...BERNAMA  14-05-2010
 10 Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi...BERNAMA  26-04-2010
Show   records
 Pengumuman
 Kalendar Aktiviti
 Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010