Navigasi
   Utama
   Dari Meja Pengerusi
   Kenali BNBBC
   Organisasi BNBBC
   Ahli BNBBC
   Berita
   Komen
   Kenyataan Akhbar
   Persidangan Dewan
   Video
   Galeri
   Forum
   Maklum Balas
   Hubungi BNBBC
   Kabinet Malaysia
  Parti Komponen BN
Anda adalah pengunjung ke
1 1 7 1 3 4
sejak 6 September 2008
 Berita
05-10-2009 Pembangkang main taktik kotor... Utusan Malaysia
LARUT 4 Okt. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pembangkang akan terus menggunakan pelbagai taktik kotor dalam menghadapi kempen Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang.

Sehubungan itu, Timbalan Perdana Menteri mahu jentera parti Barisan Nasional (BN) mematahkan tindakan tersebut dengan meningkatkan usaha mendekati dan memberi penjelasan kepada para pengundi kawasan terbabit.

''Kita beri amaran kepada ahli-ahli parti supaya menghadapi kemungkinan pihak parti lawan main kotor dan main kasar nak tunjuk belang.

''Maklum balas yang kita dapat, mereka berasa tertekan kerana calon kita (BN) jauh lebih popular," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Larut di Dewan Majlis Daerah Selama di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir dan Ketua UMNO Bahagian Larut, Datuk Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar.

Menurut Muhyiddin, pembangkang akan menggunakan apa sahaja cara untuk memburuk-burukkan UMNO dan BN termasuk mengeluarkan surat-surat palsu mempertikaikan pencalonan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad.

''Ada pihak yang mengeluarkan surat-surat palsu menyatakan ini (calon) telah diputuskan oleh Majlis Tertinggi (MT), ada calon MT tapi tak diterima. Mereka hendak buat seolah-olah ada percanggahan, timbul konflik sesama kita.

''Sebenarnya langsung tidak timbul debat soal calon, ini sudah diputuskan. Di pihak parti lawan, mereka nak ambil pendekatan kasar, gunakan cara begitu, hendak menggertak, menakut-nakutkan para pengundi," ujar beliau.

Semalam, Ahli MT UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang turut hadir pada proses penamaan calon, didakwa dipukul oleh penyokong parti pembangkang.

Muhyiddin berkata, selain taktik kotor dan kasar tersebut, beliau tidak menafikan pembangkang juga akan cuba 'menjual' isu Perak di DUN Bagan Pinang.

Bagaimanapun, katanya, tindakan mengeksploitasi isu-isu seumpama itu dilihat sebagai usaha stereotaip yang dapat diatasi dengan baik oleh jentera parti.

Ditanya sejauh mana taktik kotor pembangkang boleh mempengaruhi keputusan pilihan raya kecil berkenaan, jelas Muhyiddin, walaupun BN mampu menang, tetapi mereka tidak boleh terlalu yakin dan membiarkan sahaja pembangkang.

Menjawab kemungkinan mesyuarat agung luar biasa MCA yang diadakan sehari sebelum hari pengundian mungkin menjejaskan peluang BN, beliau percaya pergolakan yang berlaku dapat diselesaikan dengan baik oleh parti itu.

Sementara itu, Setiausaha Agung UMNO dan BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menafikan beliau telah menulis surat kepada Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan mengarahkan supaya memilih Mohd. Isa sebagai calon BN.

Katanya, surat yang menggunakan kepala surat rasmi Setiausaha Agung UMNO yang kononnya ditandatangani beliau itu, dipalsukan oleh pembangkang dalam usaha memburuk-burukkan hubungan pelbagai peringkat dalam parti.


Senarai berita (1 to 10 of 113 )
 No  Tajuk  Tarikh
 1 Kes Pembuangan Bayi dan Langkah-langkah mengatasi.  01-07-2010
 2 Sumber Pengajar dan alatan-alatan yang dibekalkan di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN)  24-06-2010
 3 Kemudahan-kemudahan Kesihatan  22-06-2010
 4 Masalah Demam Denggi dan Langkah-langkah mengatasi yang diambil  22-06-2010
 5 Tiong: Langkah-langkah yang diambil untuk Mengatasi Kekurangan Guru di Sekolah-sekolah.  14-06-2010
 6 Taniah!  08-06-2010
 7 Tiong menggesa liberalisasi Sistem Permit Import (AP) bagi Gula, Tepung Gandum dan Minyak Masak serta Memanjangkan Tempoh Sah Laku Lesen  08-06-2010
 8 Tiong: Kawalan ke atas Kemasukan Semula Warganegara Asing yang didapati berkelakuan Salah  07-06-2010
 9 Malaysia Dalam Kedudukan Baik Untuk Kurangkan Defisit Bajet Kepada 5.6 Peratus...BERNAMA  14-05-2010
 10 Calon BN, Kamalanathan Menang Dengan Majoriti 1,725 Undi...BERNAMA  26-04-2010
Show   records
 Pengumuman
 Kalendar Aktiviti
 Pautan
© Hak cipta terpelihara 2010 Barisan Nasional Backbenchers Council 2010